Kesimpulan:
Kegiatan nelayan telah lama dipraktikan dari dulu lagi sebagaimana yang tercatat dalam sejarah perekonomian Brunei. Mahupun begitu, perkembangan teknologi menangkap ikan juga telah menjadi faktor utama dalam wujudnya seorang pengail, selain itu aspek persekitaran juga turut mempengaruhi dalam perkara ini. Secara amnya, pengail merupakan individu yang lahir daripada kegiatan menangkap ikan yang menggunakan pelbagai teknik serta teknologi kail. Teknologi menangkap ikan ini telah wujud sejak berabad lamanya dan menjadi kegiatan turun-temurun dalam mencari rezeki.Perkembangan teknologi kail mengalami perubahan seiring dengan perkembangan teknologi-teknologi lain di Brunei Darussalam. Walaupun perubahan ini sungguh drastik, namun ia tidak merubah akan jati diri orang Melayu dalam aktiviti penangkapan ikan, ini bertepatan dengan penyataan yang dikatakan oleh Nabaisbitt (2002) bahawa kita hendaklah tidak mudah terjerumus ke dalam gejala mabuk teknologi tinggi sampai menghilangkan jati diri dan erti kehidupan.